Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITA69,797 pemeriksaan dilakukan bagi menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara

69,797 pemeriksaan dilakukan bagi menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara

Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (18 Mei 2020) antara lain mengemaskini perkembangan terbaru ‘Task Force’ Operasi Pematuhan yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa.

Sejumlah 69,797 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara.

Sebanyak 4,914 pasar raya, 5,044 restoran, 804 penjaja dan 1,109 kilang serta 3,354 bank telah diperiksa.

Pemeriksaan berkenaan melibatkan 1,091 terminal pengangkutan darat, 190 terminal pengangkutan air dan 90 terminal pengangkutan udara.

Pasukan Task Force Operasi Pematuhan turut memeriksa 24,639 buah kenderaan persendirian, 2,130 kenderaan awam dan 402 vessel.

Turut diperiksa adalah 2,474 pasar awam, 4,048 tempat ibadah, 1,349 tempat riadah dan 391 tapak binaan.

Kira-kira 3,498 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan yang melibatkan seramai 18,456 anggota.

Turut menyertai pemantauan semalam adalah anggota Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas sesiapa yang didapati melanggar SOP.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments