Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Penularan baharu di New Zealand

COVID-19 : Penularan baharu di New Zealand

Tiga sekeluarga di New Zealand disahkan positif COVID-19 termasuk seorang wanita yang bekerja dengan syarikat perkhidmatan katering bagi penerbangan antarabangsa.

Wanita dan anak perempuannya disahkan positif COVID-19 pada Sabtu, sebelum sampel bapanya disahkan dijangkiti wabak sama pada Ahad.

Demikian menurut laporan Menteri Kesihatan New Zealand, Chris Hipkins.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mengaitkan kes itu dengan perkhidmatan makanan penerbangan kerana terdapat jurang lapan hari antara hari terakhir wanita itu bekerja dan pada tarikh dia disahkan positif.

Semua kes berkenaan dikesan di hotel yang menjadi tempat individu menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara.

“Satu perkara yang ingin saya perincikan ketika ini adalah mendapatkan lebih maklumat berhubung punca penularan kerana ia masih samar.

“Kita juga melihat sama ada terdapat bukti Covid-19 ada di luar sana, dalam komuniti dan menular dalam kalangan mereka,” katanya.

Hipkins berkata, tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan baharu sementara petugas kesihatan menyiasat punca jangkitan.

Walaubagaimanapun, sekolah anak perempuan wanita berkenaan ditutup selama dua hari untuk membolehkan kakitangan dan murid disaring.

New Zealand mengesan beberapa kes Covid-19 tiga minggu lalu, mengakhiri rekod lebih dua bulan tanpa kes dalam komuniti.

Sementara itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern membatalkan urusan di Auckland dan kembali ke ibu negara untuk penerangan mengenai wabak terkini itu.

Ardern disanjung susulan kecekapan dalam mengurus pandemik global berkenaan dengan New Zealand hanya merekodkan 25 kematian dan kurang daripada 2,000 kes, berbanding lima juta penduduknya.

Negara itu menutup pintu sempadan dan menguatkuasakan perintah berkurung selama lima minggu pada Mac dan April tahun lalu.

Kebanyakan sekatan kini dilonggarkan selepas wabak berjaya dikawal, namun Ardern dilapor berkata, sempadan negara itu berkemungkinan terus ditutup tahun ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments