Saturday, May 18, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 2,464 kes baharu, tujuh kematian hari ini

COVID-19 : 2,464 kes baharu, tujuh kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,464 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 264,269 kes.

Catatan baharu ini membabitkan 2,461 adalah kes tempatan manakala tiga yang lain merupakan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 4,525 orang sekaligus ini merupakan rekod harian tertinggi dicatatkan.

Jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 213, 814 kes (80.9%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 49,490 orang (18.7%) manakala 260 pesakit berada di ICU dan 111 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 965 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments