Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAPenghantar makanan perlu jalani ujian saringan

Penghantar makanan perlu jalani ujian saringan

Sepanjang bulan Ramadhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pesanan makanan melalui 41 syarikat yang menyediakan perkhidmatan E-Hailing sedia ada termasuk penghantar makanan restoran makanan segera boleh beroperasi seperti biasa.

Demi menjaga keselamatan penghantar makanan, kerajaan memutuskan supaya mereka menjalani saringan kesihatan.

Menteri Kanan Keselamatan berkata, saringan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan atau di klinik swasta di daerah masing-masing.

Kerajaan mengambil inisiatif ini bagi menjamin keselamatan kesihatan di antara penghantar makanan dan pelanggan.

Jelas Dato’ Seri Ismail Sabri, Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mengeluarkan arahan kepada lebih 40 syarikat yang mengendalikan E-Hailing dan mengarahkan setiap pekerja melakukan ujian saringan.

“Arahan ini juga akan turut dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan diwar-warkan kepada setiap syarikat makanan segera di bawah mereka,” ujar beliau.

PENGHANTAR MAKANAN MESTI MENJALANI SARINGAN DI MANA-MANA KLINIK KESIHATAN AWAM ATAU SWASTATeruskan mematuhi arahan PKP…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 17 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments