Monday, June 17, 2024
HomeBERITA14 hari tempoh inkubasi sebelum isytihar kawasan bebas COVID-19

14 hari tempoh inkubasi sebelum isytihar kawasan bebas COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan sesebuah kawasan boleh dikelaskan sebagai zon hijau atau bebas COVID-19 sekiranya tiada kes baharu direkodkan selama tempoh 14 hari.

Tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tidak merekodkan pertambahan kes baharu sejak beberapa hari lalu.

Apa yang penting, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menunggu tempoh inkubasi selama 14 hari sebelum memutuskan kawasan itu bersih atau bebas COVID-19.

Terkini, KKM dalam proses meneliti dan mengenalpasti kawasan termasuk kampung, mukim, daerah dan negeri yang bebas kes COVID-19 untuk dilindungi.

Amat penting bagi kerjasama rakyat dalam melindungi kawasan zon hijau untuk memastikan tiada lagi jangkitan baharu dilaporkan di kawasan berkenaan.

LINDUNGI ZON HIJAU DAN KAWASAN ANDAJangan ingkar PKP dan teruskan duduk di rumah.Sebarang pertanyaan lanjut mengenai…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 16 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments