Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPengamal media bakal terima vaksin Mei ini

Pengamal media bakal terima vaksin Mei ini

PUTRAJAYA : Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangkakan pemberian vaksin kepada pengamal media mulai Mei ini.

Menurutnya, ketika ini tumpuan agihan vaksin adalah kepada tiga kelompok utama iaitu warga emas, pesakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU).

“Kita cuba cari ruang pada Mei ini untuk memulakan agihan vaksin kepada pengamal media.

“Apa yang saya boleh janjikan, apabila kita sudah ada bekalan vaksin yang cukup terutama bermula Mei dan Jun ke atas, kita akan beri keutamaan itu kepada pengamal media seperti yang dijanjikan,” katanya di sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam sidang medianya berkata, beliau menangguhkan pengambilan vaksin untuk bersama-sama petugas media mendapatkannya.

Pihaknya telah memohon pemberian vaksin kepada pengamal media disegerakan berikutan mereka turut dianggap sebagai petugas barisan hadapan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments