Saturday, November 21, 2026
HomeBERITALebih 500,000 guru sedang disenaraikan untuk terima vaksin

Lebih 500,000 guru sedang disenaraikan untuk terima vaksin

PUTRAJAYA : Lebih 500,000 guru di sektor pendidikan awam dan swasta sedang disenaraikan untuk dimasukkan dalam fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula hari ini.

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ia sebagai persediaan bagi membolehkan golongan itu diberikan vaksin bagi fasa dua ini.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memutuskan supaya guru disenaraikan sama untuk menerima vaksin seperti tiga kumpulan lain bagi fasa dua ini.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek risiko penyebaran jangkitan Covid-19 khususnya di sekolah.

“Bagaimanapun, ia (pemberian vaksin) masih juga tertakluk kepada bekalan vaksin yang diterima negara,” katanya pada sidang media perkembangan PICK yang disiarkan secara langsung di facebooknya.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyenaraikan nama guru-guru berkenaan untuk dimasukkan dalam sistem agihan vaksin sebelum diberikan tarikh janji temu.

Setakat ini, seramai 11,902 daripada 54,537 guru yang mempunyai penyakit kronik sudah menerima suntikan dos pertama.

Manakala, selebihnya akan diberi suntikan bulan ini.

Mengulas mengenai pemberian vaksin kepada pengamal media, Khairy Jamaluddin berkata, beliau menjangkakan kumpulan itu akan diberi suntikan mulai Mei ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments