Thursday, July 11, 2024
HomeBERITAPengacara Kim Min-ah dikuarantin kerana alami tanda-tanda COVID-19

Pengacara Kim Min-ah dikuarantin kerana alami tanda-tanda COVID-19

Pengacara Kim Min-ah personaliti Korea Selatan yang pertama disahkan mengalami tanda-tanda COVID-19.

Kim Min-ah dilaporkan telah dimasukkan ke hospital dan sedang diuji bagi pengesanan wabak yang kini sedang tular.

Ketika penggambaran program League of Champions Korea (LCK), Kim Min-ah meninggalkan program berkenaan lebih awal kerana mengalami sakit badan dan demam.

Personaliti televisyen ini kini sedang dirawat dan dikuarantin sementara menunggu keputusan ujian dikeluarkan.

Sementara itu, syarikat penyiaran Joongang Tongyang Broadcasting Company (JTBC) berkata, “Kim Min-ah telah diuji COVID-19 kerana dia menunjukkan tanda-tanda penyakit berkenaan dan berada dalam pengasingan diri.”

“Siaran berita Kim Min-ah pagi tadi telah dibatalkan sehingga notis lanjut dimaklumkan.”

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments