Saturday, May 25, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 66 warga Malaysia dibawa pulang dari Wuhan

COVID-19 : 66 warga Malaysia dibawa pulang dari Wuhan

Seramai 66 rakyat Malaysia bersama ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan oleh pesawat Air Asia AK 8265 selamat mendarat kira-kira sekitar 7.10 pagi tadi.

Manakala sembilan lagi tidak dapat sertai penerbangan ini.

Enam individu tidak melepasi pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang yang dilakukan kerajaan China, seorang tarik diri, seorang masalah komitmen kerja dan seorang lagi tidak dapat hadir ke lapangan terbang kerana masalah logistik.

Mereka kini sedang dalam proses menjalani pemeriksaan saringan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU).

Jika bergejala mereka akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.

Bagi yang tidak bergejala, bas khas akan membawa mereka ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) untuk pemantauan dan kuaranti selama 14 hari.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments