Friday, July 19, 2024
HomePOLITIKPendedahan rakaman perbualan Najib, PH bunuh diri

Pendedahan rakaman perbualan Najib, PH bunuh diri

Susulan 9 rakaman perbualan antara bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan figura-figura tertentu yang didedahkan pada sidang media tergempar SPRM.

Media sosial dihujani kata-kata nakal netizen.

Bagi AJK Pemuda Bahagian Selayang, Mohd Saiful Mohd Sahak, semua perbualan tersebut hanya melibatkan perbincangan dan pendapat bagi menyelesaikan masalah.

“Satu-satunya yang mungkin bermasalah adalah pengakuan Dato Seri Najib berhubung tindakan beliau telah menandatangani perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu Tan Sri Dzulkifli. Tapi semua orang dah tahu kisah ini dan ia bukan konspirasi,” katanya.

Namun apa yang mengejutkan adalah apabila SPRM mendedahkan perbualan antara Dato’ Seri Najib dan Syeikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

Menurutnya, ia adalah satu pencerobohon dan kebiadapan terhadap sebuah pemimpin negara luar yang tidak sepatutnya berlaku.

“Bear in mind, Syeikh Mohammed bukan sahaja Putera Mahkota UAE, tetapi beliau juga adalah Timbalan Panglima Angkatan Tentera negara tersebut. Betapa berpengaruhnya beliau sehinggakan The New York Times telah menamakan Syeikh Mohammed sebagai ‘The Most Powerful Arab Ruler’ pada 2019”.

Persoalan kini, adakah berbaloi SPRM memalukan Dato’ Seri Mohd Najib dalam keadaan merisikokan hubungan diplomatik dengan negara luar?

Dakwanya pemimpin negara mana lagi akan percaya terhadap integriti pihak berkuasa Malaysia.

“Tiada perbualan dengan Jho Low walaupun PH sebelum ini mengatakan beliau adalah mata dan telinga DSN dalam perbuatan jenayah”, katanya.

Tambahnya lagi, pendedahan ini merosakkan keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasa undang-undang yang sepatutnya dilihat tidak berpihak.

“Bagaimana sebuah suruhanjaya yang sepatutnya menegakkan keadilan untuk semua menjadi begitu mudah menyebarkan bukti kepada awam tanpa sebarang konklusi konkrit. Mana kebertanggungjawaban anda terhadap maklumat dan bukti jenayah?”, katanya.

“Pendedahan ini akan lebih merosakkan PH daripada menghancurkan DSN. Rakyat akan melihat PH terdesak selepas kegagalan impeachment dan SD Azilah bagi memalukan musuh. Timing pendedahan yang hampir dengan PRK Kimanis hanya menambah syak bahawa ia bermotif politik. Rakyat akan melihat bahawa ini hanya semata mata cubaan untuk menutup kegagalan. Kerana jika ia sebenar-benar bukti, PH sudah lama akan membawa ia ke mahkamah untuk mendakwa bekas Perdana Menteri”, katanya.

Katanya, ia sangat mengejutkan apabila seseorang yang bergelar Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh ‘membelakangkan’ polis dengan bertindak membocorkan rahsia sulit kepada umum sebelum kes itu mula disiasat.

Ujarnya, peguambela Dato’ Seri Mohd Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga hairan dengan Puan Latheefa Koya mendedahkan rakaman-rakaman perbualan ‘sulit’ dan rahsia kepada masyarakat umum melalui sidang media sebelum ia disiasat polis.

“Rakyat Benci. Negara luar benci. Begitulah nasib PH. Mereka sedang membunuh diri sendiri” katanya. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments