Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAPendaki terduduk kepenatan, pegang dada sebelum meninggal

Pendaki terduduk kepenatan, pegang dada sebelum meninggal

Di Sungai Petani, seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Haji Yusuf di Kampung Berapit di Tikam Batu, pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Katanya, mangsa Azlan Ahmad, 45, bekerja di Penang Port, Pulau Pinang dan tinggal di Kampung Alor Bemban di sini, ke lokasi terbabit untuk melakukan aktiviti itu secara berseorangan pada pukul 7 pagi.

“Sewaktu menuruni bukit itu kira-kira pukul 11 pagi, saksi yang juga pendaki lain nampak mangsa duduk kepenatan sambil memegang dadanya.

“Saksi itu kemudian turun ke kaki bukit untuk meminta bantuan rakan pendaki lain dan apabila kembali semula ke lokasi didapati mangsa telah terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurut Zaidy, saksi kemudian menghubungi ambulan dan mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang tiba ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan keputusan hasil ujian saringan mendapati mangsa  positif Covid-19.

Jenazah kemudian dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Kata Zaidy, semakan awal dengan adiknya mendapati mangsa tidak mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik walaupun pernah disahkan sebagai positif Covid-19 sebelum ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments