Friday, July 19, 2024
HomeBERITAHelikopter hilang: Tiada panggilan kecemasan daripada juruterbang

Helikopter hilang: Tiada panggilan kecemasan daripada juruterbang

“Pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang walau bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat.

“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada 1 minit,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC telah segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu.

Chester berkata, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Sebelum ini, sebuah helikopter jenis Eurocopter EC120B, pendaftaran N409HH dikendalikan Heli Outpost Sdn Bhd.gagal dihubungi oleh KLATCC pukul 12:16 tengah hari tadi.

Helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 11:37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan untuk mendarat pada 12:37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, lokasi sebenar helikopter itu hilang masih belum disahkan, namun berdasarkan laporan awal ia terputus hubungan ketika melewati hutan di sekitar Bidor, Perak.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments