Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPenambahan kluster baharu, Kluster Elsa, PUI Ramnad dan PUI Al Khobar

Penambahan kluster baharu, Kluster Elsa, PUI Ramnad dan PUI Al Khobar

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tiga lagi kluster baharu yang dikenali dengan kluster Elsa, PUI Ramnad dan PUI Al Khobar).

Ketiga-tiga kluster berkenaan merupakan penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import.

Bagi kluster pertama iaitu kluster Elsa, mangsa merupakan bukan warganegara (iaitu kes ke-8839) dan merupakan seorang krew kapal dimana individu ini mempunyai sejarah perjalanan menaiki kapal terbang dari Filipina dan transit di Korea.

Individu ini telah masuk ke Malaysia pada 16 Julai untuk mula bekerja dan ketika dilakukan saringan COVID-19 di Filipina pada 14 Julai lalu dilaporkan negatif yang mana kemudiannya menaiki kapal terbang ke Kuantan dan bermalam di sebuah hotel di sana, sebelum dibawa ke kapal untuk menjalani kuarantin di atas kapal setelah mendapat kelulusan Jabatan Laut.

Lima hari kemudiannya iaitu pada 20 Julai, individu ini mula mengalami gejala dan dikesan positif pada 22 Julai dan telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Susulan itu saringan kontak rapat telah dijalankan dan setakat ini seramai 108 telah disaring iaitu tiga dikesan positif COVID-19 (yang melibatkan dua bukan warganegara dan satu warga tempatan); 48 negatif; dan 57 masih menunggu keputusan.

Bagi kluster PUI Ramnad pula, direkodkan individu ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 6 Julai (iaitu kes ke-8817) dan ketika proses saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA dilakukan, hasil keputusan didapati individu ini negatif dan telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan mula mengalami gejala ringan pada 19 Julai.

Namun pada saringan hari ke-13 HSO didapati positif dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Setakat ini seramai 18 orang telah disaring dan mereka terdiri daripada enam (6) ahli keluarga dan 12 penumpang pesawat.

Daripada jumlah ini, dua dikesan positif COVID-19 (iaitu kedua-dua adalah ahli keluarga kes indeks), 13 negatif dan tiga masih menunggu keputusan.

Manakala bagi kluster PUI Al Khobar, turut direkodkan individu ini juga merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah pulang ke Malaysia dari negara Arab Saudi pada 10 Julai (iaitu kes ke-8803).

Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati individu ini negatif COVID-19 dan telah menjalani HSO bersama lima orang ahli keluarga di rumah keluarga mereka, di mana kelima-lima mereka ini juga telah pulang dari Arab Saudi bersama kes indeks menaiki pesawat yang sama.

Rumah keluarga tersebut turut didiami oleh dua orang ahli keluarga yang lain dan kes indeks mula mengalami gejala pada 18 Julai dan dikesan positif COVID-19 pada 20 Julai.

Susulan itu, tujuh ahli keluarganya telah disaring yang mana satu dikesan positif COVID-19 dan enam negatif.

Siasatan dan saringan kontak rapat sedang diteruskan termasuk saringan penumpang lain pesawat yang dinaiki kes indeks kluster ini.

Ketiga-tiga kluster baharu (Elsa, PUI Ramnad dan PUI Al Khobar) adalah merupakan penularan di dalam negara yang telah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 24 Juli 2020

KKM menggesa pengembara yang telah pulang ke Malaysia dan sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah untuk mematuhi sepenuhnya kepada syarat yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020 (Annex 10a dan 10b: Home Assessment Tool), seperti:

• Memakai pelitup separuh muka (facemask) sepanjang
perjalanan dari Pintu Masuk Antarabangsa ke rumah.

• Memakai facemask di rumah sekiranya penjarakan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain (social distancing) sukar diamalkan.

• Jika bergejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang
terdekat.

• Gelang perintah pengawasan wajib dipakai sepanjang masa
perintah pengawasan dan pemerhatian.

• Menjalani ujian COVID-19 pada hari ke-13 di Klinik Kesihatan / klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM dan mendapatkan salinan keputusan ujian tersebut.

• Hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat dengan laporan ujian COVID-19 untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta untuk menanggalkan gelang perintah pengawasan pada hari ke-14 oleh PKD.

Ahli keluarga kepada individu di bawah HSO juga perlu turut patuh dengan memastikan terdapat penjarakan yang selamat dengan individu yang menjalani HSO. Individu yang didapati melanggar perintah ini akan dikenakan tindakan. Kerjasama semua pihak adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments