Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABimbang kes harian COVID-19 meningkat, Agong seru rakyat Malaysia patuh SOP

Bimbang kes harian COVID-19 meningkat, Agong seru rakyat Malaysia patuh SOP

Berhubung peningkatan kes baharu harian COVID-19 , Yang di-Pertuan Agong menyeru rakyat tidak mengambil sikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kerajaan dan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Istana Negara sebentar tadi, Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap perkembangan terkini penularan wabak COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes-kes baharu yang telah kembali kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu di negara ini sejak lebih seminggu yang lalu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=195469955336876&id=104738764409996&sfnsn=mo

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin, dan amalan kebiasaan baharu kerana negara masih lagi memerangi ancaman wabak ini dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos depan.

Selain daripada itu, baginda turut mengingatkan rakyat tentang kejayaan kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi-agensi berkaitan, khususnya barisan petugas hadapan, mengawal penularan wabak COVID-19.

Menurut baginda, usaha-usaha terbabit tidak bermakna jika negara menghadapi gelombang kedua dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.

#agongkita #royal #malaysia

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments