Friday, May 31, 2024
HomeBERITAPemimpin DAP tidak perlu menempelak PDRM dan kaitkan isu PRK Tanjung Piai,...

Pemimpin DAP tidak perlu menempelak PDRM dan kaitkan isu PRK Tanjung Piai, selesai isu secara dalaman

Pemimpin DAP tidak perlu menempelak tindakan PDRM dan kerajaan kerana menahan pemimpin mereka dalam isu LTTE.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah berpendapat isu itu boleh ditangani dengan bijak dan menyelesaikannya secara dalaman.

“Mereka kini sudah memerintah, tidak perlu menempelak di media atau secara terbuka macam pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang ahli parlimen atau menteri kabinet mereka harus tahu peranan mereka di dalam kerajaan.

” Mereka seharusnya memberi penerangan yang betul, bukan menambahkan kekeruhan hubungan mereka dengan pihak berkuasa seperti polis,” tambahnya.

Pihak MIC juga amat terkejut kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh seorang menteri.

Ia seolah menuduh polis mempunyai agenda tertentu dan isu PRK Tanjung Piai digunakan sebagai alasan.

Bercerita lanjut, beliau turut berkata jika polis melihat ada kesalahan dilakukan oleh pemimpin DAP dalam siasatan mereka, silalah dakwa, bagaimana pun jika ada kekeliruan dan hanya menyatakan rasa simpati, maka bebaskanlah mereka.

“Apa yang menjadi persoalan mengapa pemimpin DAP ini masih bertindak sebagai pembangkang setelah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah”.

“Apabila sudah diberi mandat sebagai pemerintah, perlu bertindak sebagai seorang kerajaan”.

“Jika tidak melakukan dan bertindak sebagai orang kerajaan lebih baik mereka serahkan kembali mandat kepada rakyat dan letak jawatan”, ujarnya.

Datuk T Murugiah bersetuju agar rakyat buat keputusan siapa yang layak diberi mandat atau kerajaan pilih orang yang berkaliber memegang jawatan yang melindungi kerajaan dan rakyat.

”Mereka perlu bertindak seimbang dan rasional”.

”Tidak perlu emosi dan meletakkan kepentingan individu semata-mata”, katanya.

Beliau menyatakan alasan dengan menyalahkan kerajaan menggunakan isu LTTE ini untuk menang PRK Tanjung Piai tidak sesuai.

Mereka harus lebih bijak dan matang serta rasional berdepan isu antarabangsa, tempatan dan rakyat.

Peranan mereka sebagai orang tengah menyelesaikan sebarang isu yang timbul bukan menambah kekeruhan lagi.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang mahu siasatan menyeluruh dilakukan polis secara adil dalam menangani isu LTTE, semalam.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments