Sunday, May 26, 2024
HomeBERITAIsu LTTE : Kerajaan Negeri Melaka sedia bagi kerjasama dan mahu tindakan...

Isu LTTE : Kerajaan Negeri Melaka sedia bagi kerjasama dan mahu tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang terlibat

Kerajaan Negeri Melaka memandang serius dan akan memberi kerjasama di atas dakwaan terdapat tiga individu di negeri Melaka disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Ketua Menterinya, Adly Zahari, pihaknya mahu polis menjalankan siasatan dengan telus dan sekiranya mereka yang terlibat didapati bersalah, tindakan mengikut undang-undang sedia ada perlu diambil segera.

“Kita akan memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan dan berharap siasatan yang lengkap dapat dilaksanakan sekiranya mereka disahkan terlibat mereka harus didakwa, namun jika mereka tidak bersalah, mereka harus dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan tiga daripada 12 individu berkenaan adalah seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala seorang lagi adalah seorang pegawai eksekutif sebuah perbadanan dan seorang ahli pula ahli majlis perbandaran.

Mereka ditahan khamis lalu atas dakwaan terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE.

Dalam pada itu beliau berkata buat masa ini, tiada keperluan bagi sebarang pengguguran jawatan ADUN yang juga Exco Melaka kerana polis masih menyiasat dakwaan penglibatannya dengan isu LTTE.

Pun begitu menurutnya, tugas exco terbabit akan diambil alih oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Tey Kok Kiew manakala bagi jawatan pegawai eksekutif akan ditetapkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-81 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments