Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPemimpin berjiwa rakyat! Lukis wajah Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan

Pemimpin berjiwa rakyat! Lukis wajah Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan

Dunia sedang berperang dengan virus pandemik COVID-19.

Di Malaysia, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan menggembeling tenaga dan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan kesihatan paling optimum di hospital juga pusat kesihatan.

Langkah pencegahan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Kerajaan juga turut memberi bantuan dalam bentuk kewangan dan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN).

Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Setiap kali Tan Sri Muhyiddin Yassin muncul dikaca televisyen bagi menyampaikan pengumuman Khas COVID-19, rakyat menyambutnya dengan gembira dan penuh kesyukuran.

Bagi menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri, seorang Jurusolek Artistik, Odiliawati Yusop ,28 tahun kelahiran Debak, Sarawak berkarya seni lukisan pada wajahnya.

Sungguh berseni dan kreatif masyarakat kita ya!

Menurutnya, PM ke-8 disenangi kerana sifatnya yang bersahaja dan mengamalkan kesederhanaan juga seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan disayangi rakyat.

Dialah Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau kini dikenali dan mulai trending dengan panggilan “Tok Abah”.

Terima kasih Tan Sri!

Kerana begitu menghargai PM Tan Sri Muhyidin Yassin, Seorang Jurusolek Artistik Odiliawati Yusop ,28 tahun kelahiran…

Dikirim oleh SUFRI YUSOP pada Minggu, 12 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments