Tuesday, October 15, 2024
HomeBERITAKerajaan cakna gelandangan, terima kasih JKM

Kerajaan cakna gelandangan, terima kasih JKM

Ketika negara berhadapan dengan penularan wabak COVID-19, semua pihak memainkan peranan dalam membantu memerangi seterusnya mematikan jangkitan virus pandemik ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM) bertindak dengan menyediakan penempatan khas bagi golongan yang memerlukan.

Seorang gelandangan ketika ditemui menzahirkan kesyukuran kerana diberi tempat perlindungan yang selamat di dalam dewan, terlindung dari hujan panas dan mara bahaya.

Dia juga gembira dan berterima kasih di atas keperluan yang disediakan seperti makanan dan pakaian yang mencukupi, bekalan air dan elektrik juga tempat istirehat yang selesa.

Malah wanita berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada “frontliners” yang bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Memetik kata – kata mereka yang bertugas, “Kita sentiasa berada di barisan hadapan. Tidak kira siapa, warna kulit, agama, bangsa malah apa jua yang menghalang semangat bangsa Malaysia”.

Tahniah dan terima kasih kepada hero Jaket Oren!

#heroJaketOren
#BerkatBerjasa
#KPWKMPrihatin

Terima kasih barisan hadapan yang bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kita sentiasa berada di barisan…

Dikirim oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi pada Minggu, 12 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments