Wednesday, July 10, 2024
HomePOLITIKPemilihan BERSATU : Tun Dr M, Mukhriz menang tanpa tanding

Pemilihan BERSATU : Tun Dr M, Mukhriz menang tanpa tanding

Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Langkawi tanpa bertanding.

Memetik laporan media, Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Kedah, Datuk A Aziz Mahamod, berkata Ketua Bahagian Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut berjaya mengekalkan jawatannya selepas tiada ahli lain yang menghantar pencalonan bagi jawatan berkenaan.

 

“Secara keseluruhannya, terdapat 15 bahagian di Kedah dan daripada jumlah terbabit, lima bahagian yang tidak dicabar adalah di Langkawi, Jerlun, Alor Setar, Pendang dan Kulim.

“Bagaimanapun, wujudnya persaingan di bahagian lain membabitkan pertembungan antara dua sehingga lima kerusi.

“Enam bahagian mencatatkan saingan satu lawan satu dan paling menarik sekali apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dicabar oleh bekas Setiausaha BERSATU Kubang Pasu, Mohd Nasir Jamaludin bagi jawatan Ketua Bahagian Kubang Pasu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambah beliau, pemilihan di bahagian Merbok dijangka sengit dengan pertembungan lima penjuru apabila Ketua Bahagian Merbok, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid bakal berdepan dengan empat calon lain.

“Tiada masalah sekiranya ramai yang mahu bertanding kerana masing-masing bekerja keras untuk memperkukuhkan kedudukan parti.

“Kita berpuas hati dengan proses penamaan calon yang bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang tadi berjalan dalam keadaan tenang.

“Kita harap gerak kerja dan kempen nanti yang dijangka memakan masa dua minggu turut akan berlangsung dengan lancar,” katanya.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments