Walaupun desas desus mengatakan hubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin agak tegang.
Namun Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan tidak mencabar Tun Dr. Mahathir untuk jawatan Pengerusi BERSATU.
Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Parti Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar, tiada pencabar untuk jawatan Pengerusi.
Oleh itu, Tun Dr. Mahathir disahkan kekal sebagai Pengerusi dengan menang tanpa bertanding.
Sebaliknya, Tan Sri Muhyuddin Yassin bakal berdepan dua pencabar lain untuk jawatan Presiden BERSATU.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir telahpun mengesahkan pencalonannya bagi jawatan Presiden BERSATU.
Begitu juga Mohd Faiz Azleesham.

Turut mencuri tumpuan pemilihan kali ini adalah pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden BERSATU.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, bekas Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahya dan Anas Akashah Nazri sudahpun disahkan pencalonan mereka.
Berikut senarai calon untuk pemilihan BERSATU bagi penggal 2019-2022.


Pemilihan MPT akan dibuat pada 18 April semasa persidangan peringkat bahagian yang diadakan serentak seluruh negara.–THE MALAYA POST
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply