Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITA330 kakitangan ditugaskan membersih Masjidil Haram setiap hari

330 kakitangan ditugaskan membersih Masjidil Haram setiap hari

Masjidil Haram ditutup sepenuhnya selepas solat Isyak dan dibuka semula pada azan pertama waktu Subuh setiap hari bagi menjalani aktiviti nyahkuman atau sanitasi wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, waktu Tawaf dan solat masih boleh di lakukan di bangunan Masjid tertutup di bahagian tingkat atas.

Seramai 330 kakitangan diarahkan melakukan proses pembersihan di setiap bahagian dan seluruh kawasan Masjid terutamanya kawasan Mataf.

Para kakitangan akan membersihkan setiap lantai, karpet, lampu, tiang, pagar termasuk rak buku dan Al-Quran bagi mengelakkan penularan virus berjalan di Masjidil Haram.

Bahkan kain hitam yang menutupi permukaan Ka’bah juga dibersihkan sebanyak tiga kali sehari.

Manakala, sabun pencuci tangan turut disediakan di setiap sudut Masjid dan tangga eskalator untuk menjaga keselamatan pekerja dan pengunjung Masjid.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments