Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPembukaan sekolah tahfiz diumum dalam masa terdekat

Pembukaan sekolah tahfiz diumum dalam masa terdekat

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pembukaan semula sekolah tahfiz adalah berdasarkan tarikh pembukaan sekolah-sekolah yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lama lagi.

“Buat masa sekarang, hanya sekolah dan madrasah tahfiz yang berdaftar sahaja dibenarkan dibuka dan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.

“Sekolah dan madrasah tahfiz yang mempunyai kemudahan asrama juga perlulah mengikuti SOP sekolah asrama yang telah ditetapkan,” ujar beliau.

Di samping itu, beliau turut menyatakan bagi mana-mana sekolah dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar perlu membuat permohonan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments