Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAIngatkan kak ponti berterbangan, rupanya layang-layang versi pontianak pun ada!

Ingatkan kak ponti berterbangan, rupanya layang-layang versi pontianak pun ada!

Bermain layang-layang memang menyeronokkan.

Selain menguji kemampuan mengawal layang-layang agar kekal bertahan melayang di udara, permainan tradisional yang memerlukan kawasan lapang dan berangin seperti tepian pantai, tempat tinggi dan terbuka amat mendamaikan.

Seiring dengan perubahan masa, ciptaan layang-layang telah dipelbagaikan. Ada saiz besar, kecil dengan pelbagai corak dan warna.

Menerusi laman media sosial Facebook, perkongsian foto rekaan layang-layang di luar kotak pemikiran dan berbeza mencuit perhatian netizen.

Dengan gambaran hantu atau pontianak, dan diterbangkan pula pada waktu senja, ia nampak menyeramkan!

Silap-silap, jika ternampak mahu lari tak cukup tanah! 🤣

Hmm… Kreatif betul orang kita ni ya!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Senja senja pun creative duk ada. Takda wau lain ke??

Posted by Shock Wave Thunder on Friday, 26 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments