Monday, May 20, 2024
HomeBERITAPembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador dan Tunku Nashrul gagal padam nama Anwar...

Pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador dan Tunku Nashrul gagal padam nama Anwar Ibrahim dalam saman Yusoff Rawther – Haniff Khatri

Peguam Yusoff Rawther, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu dua Mahkamah Sesyen di Shah Alam telah membuang permohonan pembantu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memohon nama Dato’ Seri Anwar dikeluarkan daripada saman berkenaan kes serangan dan fitnah Muhammad Yusoff Rawther.

“Hakim Ishak Bakri membuang permohonan Setiausaha Akhbar Tunku Nashrul Tunku Abaidah memohon perenggan yang berkenaan dalam pernyataan tuntutan Yusoff Rawther dikeluarkan dan tidak dinyatakan sebab penolakan permohonan berkenaan.

“Hakim Fathiyah Idris pula turut tidak menerima permohonan Setiausaha Politik Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memohon rujukan yang berkenaan dipadam dan memberi sebab permohonan Farhash tidak memprejudiskan dirinya,” katanya ketika ditemubual oleh The Malaya Post.

Haniff Khatri juga menyatakan Hakim berpendapat dakwaan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah perlu untuk Yusoff Rawther membuktikan kesnya dan kedua-dua pembantu Dato’ Seri Anwar Ibrahim mahu sebarang rujukan terhadap majikannya dipadamkan atas sebab bermotifkan politik.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 20 Mac dan mungkin akan menetapkan tarikh perbicaraan.

Dalam pada itu, kedua-dua pembantu Dato’ Seri Anwar Ibrahim memfailkan pembelaan masing-masing pada Oktober depan.

Terdahulu, Yusoff Rawther yang juga bekas Pegawai Penyelidik Dato’ Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman mendakwa Farhash mendatangkan kecederaan ke atas dirinya, ditumbuk bertubi-tubi di Pejabat majikan mereka di Bukit Gasing pertengahan Mei tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Yusoff Rawther turut menyaman Setiausaha Akhbar Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah mengenai beberapa kenyataan medianya berkenaan kejadian itu. — THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments