Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPembalak haram terbunuh dalam insiden tembakan

Pembalak haram terbunuh dalam insiden tembakan

Seorang lelaki terbunuh dalam satu serbuan operasi memburu penebangan hutan secara haram di Roraima Utara, Brazil,agensi alam sekitar negara Ibama.

Memetik kenyataan agensi alam sekitar, pihak polis mendapati pembalakan haram telah berlaku di kawasan hutan berhampiran dengan bandar Rorainopolis, di Roraima.

Dua orang yang terlibat dalam pembalakan haram bersembunyi di dalam hutan dan mula menembak polis.

Dalam insiden tembak menembak, salah seorang pembalak haram telah mati, kata agensi itu.

Kes kematian ketika operasi alam sekitar dilakukan adalah sesuatu perkara biasa di Brazil.

Pada tahun 2016 seorang anggota polis ditembak mati oleh pembalak haram ketika serbuan di Para. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments