Pelawak yang mula dikenali menerusi program realiti Maharaja Lawak yang juga bekas ahli kumpulan Sepah, Mamat selamat bergelar suami kepada seorang anggota Polis dengan sekali lafaz.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 33 disatukan dengan pilihan hati Nur Diana oleh kadi yang mewakili bapa pengantin perempuan .
Pengantin perempuan yang kini bertugas di IPD Shah Alam tampil manis berbusana berona putih menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin bersama lima berbalas lima dulang hantaran dan merahsiakan wang hantaran.
Pada 29 Februari lalu , pasangan ini telah memuat naik entri di laman Instagram masing-masing berkenaan majlis malam berinai bertema Arabian Night.
–THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply