Saturday, May 18, 2024
HomeBERITABayaran tertunggak selama 3 tahun, The Rose tamat kontrak bersama J&Star

Bayaran tertunggak selama 3 tahun, The Rose tamat kontrak bersama J&Star

Ahli kumpulan Korea Selatan, The Rose memutuskan untuk menamatkan kontrak bersama agensi J&Star.

The Rose bertindak demikian berikutan isu kelewatan pembayaran dan pelanggaran kepercayaan dari agensi berkenaan.

Kumpulan K-pop yang terdiri daripada empat anggota ini menyatakan bahawa agensinya masih belum menyelesaikan pembayaran yang berbaki 3 tahun kepada mereka.

Sejak memulakan kerjaya sebagai sebuah kumpulan pada 2017, The Rose tidak dibenarkan untuk melihat dokumen jumlah keuntungan yang mereka dapat dari agensi itu.

Malahan, agensi terbabit juga sering memberi jadual kerja tanpa melakukan perbincangan dan persetujuan mereka terlebih dahulu.

Terdahulu, J&Star menjanjikan kepada mereka akan memberikan laporan penyelesaian bulanan tetapi pihak pengurusan gagal melakukannya.

Oleh kerana permasalahan ini acara promosi The Rose dan segala aktiviti-aktiviti yang akan datang ditangguhkan buat sementara waktu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments