Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPelanjutan tempoh PKP bergantung pada sikap rakyat

Pelanjutan tempoh PKP bergantung pada sikap rakyat

Mulai 1 April 2020 fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula namun sehingga kini masih ramai individu yang ingkar dengan arahan pihak berkuasa.

Tidak mustahil PKP fasa ketiga dan keempat akan dilanjutkan sekiranya rakyat masih berdegil dan tidak mengedahkan SOP serta arahan PKP.

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan PKP adalah bergantung kepada sikap rakyat dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak ini.

“Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan SOP yang telah di keluarkan oleh pihak kerajaan, saya percaya perkara tentang ketakutan kita mengenai sambungan PKP tersebut akan dapat kita selesaikan,” ujarnya.

Kata beliau, sikap degil sebegini bukan hanya akan mengundang lebih risiko terhadap nyawa orang ramai malah sekaligus dapat mengagalkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit COVID-19.

Kerajaan kini sedang berusaha mengetatkan lagi peraturan PKP demi kebaikan rakyat Malaysia dan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19 dari terus berjangkit.

PELANJUTAN PKP BERGANTUNG KEPADA SIKAP RAKYATPatuhilah SOP dan Arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan agar kita…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 31 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments