Sunday, September 8, 2024
HomeBERITAPegasus Airlines mendarat cemas di Istanbul menyebabkan tiga terkorban

Pegasus Airlines mendarat cemas di Istanbul menyebabkan tiga terkorban

Pesawat Pegasus Airlines yang terbang ke lapangan terbang Sabiha Gokcen di Istanbul mendarat dengan kelajuan yang tinggi dalam cuaca buruk telah menyebabkan tiga terbunuh dan 179 yang lain cedera.

Pesawat itu, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah, Pegasus Airlines, tiba di lapangan terbang Sabiha Gokcen Istanbul dari bandar Izmir, Turki, dengan 183 penumpang dan anak kapal dikatakan telah mendarat secara kasar.

Bercakap kepada wartawan di wilayah timur Van, Menteri Kesihatan Fahrettin Koca mengatakan seorang telah meninggal dunia di hospital selepas kemalangan itu, yang lain berada dalam keadaan kritikal.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya, berkata pesawat itu membawa 177 penumpang dan enam krew dari wilayah Izmir, barat.  Beliau berkata yang cedera sedang dirawat di 18 hospital kawasan terbabit.

“Pesawat itu tidak dapat bertaahan di landasan kerana keadaan cuaca yang buruk dan tergelincir sekitar 50-60 meter,” kata Yerlikaya kepada pemberita di lapangan terbang.

Pesawat Boeing 737-86J, berpecah kepada tiga bahagian selepas apa yang dikatakan Yerlikaya adalah sekitar 30 hingga 40 meter pada akhir landasan basah.

Footage menunjukkan pendaratan pesawat berada pada kelajuan tinggi.

Menteri Pengangkutan Cahit Turhan berkata penerbangan yang sepatutnya mendarat di tanah di Sabiha Gokcen telah dialihkan ke Lapangan Terbang Istanbul.

Dalam satu kenyataan dari jurucakap Pegasus berkata pesawat itu telah mendarat di landasan dan penumpang telah dipindahkan. Syarikat berkenaan tidak memberikan butiran lanjut.

Penyiaran NTV berkata pesawat itu cuba mendarat pada cuaca yang buruk dan dua penerbangan terdahulu menangguhkan akibat angin yang kuat.

Penumpang telah dibawa keluar dari pesawat yang terletak di atas rumput di sebelah landasan.

Puluhan kakitangan bertindak balas memberi bantuan kecemasan membawa penumpang keluar dari pesawat.

 

Rakaman terdahulu menunjukkan sebahagian daripada bahagian luar pesawat itu telah terbakar dan telah dipadamkan oleh anggota bomba di tempat kejadian.

Footage yang dikongsi dalam talian stesen TV Turki NTV menunjukkan kerosakan berat pada pesawat, dengan bahagian depan pesawat – termasuk kokpit dan beberapa baris kerusi beralih jauh dari seluruh pesawat. 

Bahagian kedua, yang berhampiran bahagian ekor pesawat juga kelihatan telah pecah.

Turkish Airlines berkata ia telah membatalkan semua penerbangan keluar dan masuk dari Sabiha Gokcen kelmarin.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments