Friday, May 31, 2024
HomeBERITAPDRM dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bekerjasama wujudkan Talian Kasih bantu...

PDRM dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bekerjasama wujudkan Talian Kasih bantu mangsa dera

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat aduan kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut yang turut menyatakan kebimbangan bahawa ada aduan yang dibuat mengenai masalah di dalam rumah tangga dan juga kebimbangan mengenai kes-kes penderaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Kita bimbang mengenai keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Minggu, 12 April 2020

“Jadi dalam usaha menangani kes kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak kanak, maka Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama PDRM mewujudkan satu talian khas bagi membantu mangsa,” ujar beliau.

Menurutnya, bagi mereka yang memerlukan bantuan yang melibatkan keganasan rumah tangga dan penderaan jika ada, mangsa diminta menghubungi segera Talian Kasih di talian :
15999 atau WhatsApp : 019 261 5999.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bekerjasama dan akan mengambil tindakan segera berdasarkan aduan mangsa.

Beliau juga berharap agar semua keluarga berada dalam keadaan aman dan harmoni semasa PKP ini.

#StayHomeStaySafe

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments