Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAKerajaan tarik balik kebenaran operasi perkhidmatan gunting rambut, salun kecantikan dan cermin...

Kerajaan tarik balik kebenaran operasi perkhidmatan gunting rambut, salun kecantikan dan cermin mata

Kerajaan memutuskan menarik balik kebenaran operasi kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut, salun kecantikan dan cermin mata.

Mengambil kira pandangan rakyat dan nasihat daripada pihak-pihak tertentu, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin talah membuat keputusan untuk tidak membenarkan perkhidmatan tersebut beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seperti yang saya sebutkan didalam sidang media sebelum ini bahawa kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat dan kerajaan juga mendapat nasihat daripada pakar-pakar tertentu.

“Kerajaan juga mendengar pandangan daripada badan-badan bukan kerajaan ataupun NGO mengenai perkara-perkara seperti ini,” kata Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

Larangan ini adalah berkuatkuasa kepada semua operasi yang terlibat di seluruh negara.

PKP :KEDAI GUNTING RAMBUT, SALUN DAN CERMIN MATA TIDAK DIBENARKAN BEROPERASISepanjang tempoh PKP tiada kedai gunting…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 13 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments