Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPasukan Pakar Perubatan China puji tindakan segera Malaysia tangani wabak COVID-19

Pasukan Pakar Perubatan China puji tindakan segera Malaysia tangani wabak COVID-19

Sesi Penutupan Persidangan Sempena Lawatan Pasukan Pakar Covid-19 Dari Republik Rakyat China (RRC) Ke Malaysia turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Adham Baba.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kejayaan sesi Lawatan Kerja oleh sepasukan pakar perubatan dari Wilayah Guangdong, Republik Rakyat China (RRC) ini merupakan kerjasama antara Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia dengan pihak KKM .

Tujuan sesi Lawatan Kerja dilakukan adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman antara Malaysia dan RRC dalam pengesanan, pengawasan dan rawatan COVID-19.

Sejak 18 April hingga 3 Mei 2020, pasukan Pakar Perubatan yang diketuai oleh Dr. Li Jun dan 8 orang pakar kesihatan yang lain telah berada di Malaysia.

Setiap doktor yang hadir adalah dikalangan doktor yang pakar dalam pelbagai bidang seperti penyakit berjangkit, pernafasan, rawatan intensif, mikrobiologi/virologi dan juga perubatan tradisional China.

Pasukan Pakar Perubatan China memuji tindakan segera Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Ini dapat dibuktikan melalui penurunan jumlah kes positif COVID-19 harian yang dilaporkan dalam negara.

Pasukan ini juga turut menekankan supaya mempertimbangkan beberapa aspek dalam pengurusan COVID-19 seperti :

1. Bagi mencegah peningkatan kes tempatan dan import

2. Meneruskan dan memperkembangkan liputan ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)

3. Memastikan keselamatan ‘3frontliners’ iaitu;

– pengangkutan
-hospital
-komuniti

4. Penyesuaian pelaksanaan PKP selaras dengan perkembangan semasa pandemik

5. Penggunaan teknologi bagi pengesanan tahap kesihatan individu

6. Pembukaan semula perniagaan

7. Pemulihan aktiviti sekolah secara berperingkat.

Turut hadir sama ke majlis terbabit adalah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia I , Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan II, Dato’ Aaron Ago Dagang, Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, TYT Bai Tian.

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10156997530431237/

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments