Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANorma baharu di tempat kerja, amal 3W dan elak 3C

Norma baharu di tempat kerja, amal 3W dan elak 3C

Bagi terus mencegah dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan 3W dan mengelakkan 3C bagi norma baharu di tempat kerja.

3C merupakan:
-Crowded Places (Tempat Sesak)
-Confined Spaces (Tempat Tertutup)
-Close Conversation (Bercakap Jarak Dekat)

Manakala 3W pula ialah:
-Wash
-Wear
-Warn

[Cegah COVID-19] ELAKKAN 3C, AMALKAN 3WElakkan 3C iaitu Crowded places, Confined spaces dan Close…

Dikirim oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Kamis, 30 April 2020

Setiap pekerja harus mengelakkan ke tempat yang disenaraikan sebagai 3C iaitu Crowded places (Tempat Sesak) :

-ruang perhimpunan semasa roll call
-kantin

Confined Spaces (Tempat Tertutup )

– pantri
– surau
– ruang rehat
– lif
– bilik persalinan

Orang ramai diingatkan untuk meningkatkan pengaliran udara dengan membuka tingkap tertutup.

Close conversation (bercakap jarak dekat)

– bermesyuarat
– berurusan di kaunter
– berurusan di ruang kerja

Sebarang mesyuarat yang melibatkan ramai pekerja boleh dilakukan di dalam talian (online).

Turut diingatkan agar mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear dan Warn.

Wash (cuci)
– mengamalkan mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau guna hand sanitizer

– sediakan hand sanitizer di pintu masuk dan lain-lain tempat strategik di tempat kerja.

Wear (pakai)
– individu yang bergejala pernafasan, batuk atau selesema dan pekerja yang selalu berurusan dengan orang ramai seperti di kaunter perkhidmatan hendaklah memakai penutup mulut dan hidung.

Warn (beri amaran)
– polisi tidak bersalaman dan teruskan bertegur sapa serta memberi salam kepada rakan sekerja dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan tunduk sedikit sebagai tanda hormat.

Selain mengamalkan etika batuk dan bersin, para pekerja dan majikan hendaklah melakukan disinfeksi di tempat yang kerap disentuh dan digunakan, lakukan pemeriksaan suhu badan dan gejala pernafasan di kesemua pintu masuk dan tempat kerja.

Selain daripada itu, mereka yang demam atau bergejala tidak dibenarkan memasuki bangunan tempat kerja dan diarahkan mendapatkan rawatan dengan kadar segera dan kekal berada dirumah sehingga sembuh.

Bagi mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan agar peka dengan maklumat dan polisi terkini yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan segera memaklumkan kepada para pekerja.

Sentiasa amalkan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara pekerja lain dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi serta melakukan saringan kesihatan dan tahap kebersihan pengendali makanan.

Para pekerja juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi makanan dan juga peralatan makanan bagi menjaga tahap kebersihan.

Majikan dinasihatkan menjadualkan giliran bekerja supaya bilangan minimal sahaja yang hadir manakala pekerja lain boleh bekerja dari rumah serta menilai risiko pekerja yang berurusan di luar pejabat dan elakkan perjalanan yang tidak perlu.

Selain itu, majikan hendaklah membantu pekerja yang mengalami panik atau resah akibat COVID-19 untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan psikososial

Penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia telah merubah kebiasaan lama kepada norma baharu.

Bagi mengawal dan mencegah penularan wabak COVID-19 di tempat kerja, langkah-langkah mengelakkan 3C dan dan mengamalkan 3W adalah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

#COVID19
#CPRC
#JarakSosial
#KebersihanDiri
#KKM
#MCMC
#NormaBaharu

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments