Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITAPasukan Khas Jihad konsisten tangani Inflasi, pantau harga barang

Pasukan Khas Jihad konsisten tangani Inflasi, pantau harga barang

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Setelah hampir bulan ditubuhkan, Pasukan khas Jihad tangani Inflasi mula tunjuk hasil positif dalam mengurus kenaikan kadar inflasi.

Menurut Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa, peningkatan kadar inflasi negara dalam konteks bulan ke bulan ketika ini berada dalam jumlah yang kecil, hasil inisiatif Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi.

Katanya kenaikan inflasi pada bulan Julai mula bergerak pada kadar sederhana kepada 0.4 peratus.

Ini berbanding 0.6 peratus pada Jun iaitu sebelum tertubuhnya jawatankuasa itu.

Dengan kadar inflasi negara ketika ini pada kadar yang baik dan terkawal berbanding negara-negara jiran.

“Satu aspeknya ialah untuk melihat perkembangan berlakunya inflasi, dari satu bulan ke satu bulan dalam tahun yang sama. Seperti kita tahu, jawatankuasa menangani inflasi ini ditubuhkan pada Julai/Ogos, kesan daripada jawatankuasa ini boleh dilihat kepada apa yang berlaku pada bulan Jun, Julai, Ogos.

“Kalau kita lihat dari sudut itu, alhamdulillah kita dapat buktikan secara data bulan ke bulan…berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi bulan Julai mula menyederhana kepada 0.4 peratus berbanding 0.6 peratus pada jun sebelum adanya jawatankuasa ini.

“Ertinya kita telah berupaya menyederhanakan kadar berlakunya inflasi antara bulan Jun ke bulan Julai dan hasilnya dapat dilihat secara data sekarang,” katanya.

Dalam pada itu harga ayam bulat segar kekal pada harga siling iaitu RM9.40, begitu juga dengan telur ayam.

Katanya untuk memastikan bekalan mencukupi, kerajaan akan mengawal aktiviti eksport ayam ke luar negara kerana keutamaan adalah bekalan domestik.

Pun begitu kebenaran eksport  dibenarkan secara bersyarat dan berperingkat.

“Kilang-kilang tertentu sahaja boleh ternak untuk tujuan eksport. Jumlah ditetapkan MAFI dan kilang-kilang tertentu dibenarkan eksport mulai Oktober depan,” katanya.

“Kita kawal kenaikan harga barang supaya rakyat dapat beli barang diperlukan pada harga munasabah. Bila ada kenaikan ia terkawal dan tak seperti negara lain tiap-tiap minggu naik. Alhamdulillah setakat ini harga barang menurun.

“Sekiranya barangan tertentu perlu dinaikkan harga, tiba waktu ia perlu diturunkan, maka pihak pengeluar harus turunkan harga,” katanya ketika sidang media Pasukan Khas Jihad tangani inflasi.
Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pihaknya turut menggalakkan pihak berkenaan untuk memperbanyakkan program jualan murah di seluruh negara dengan segera.

Untuk rekod Pasukan Khas Jihad diwujudkan kerajaan pada 29 Jun lalu, pasukan itu yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bertujuan membantu rakyat menghadapi cabaran ekoran peningkatan kos sara hidup.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Komitmen pasukan khas itu dalam menangani inflasi terbukti menerusi perancangan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif, termasuk pemberian subsidi, pemantauan dan penguatkuasaan melalui kementerian berkaitan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments