Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAPasrah bukan jodohnya, pemuda hadir ke majlis kahwin bekas kekasih...

Pasrah bukan jodohnya, pemuda hadir ke majlis kahwin bekas kekasih dipuji netizen

Bercinta tidak semestinya memiliki…
Perumpamaan ini sesuai untuk seorang jejaka yang cintanya tidak kesampaian hingga ke jinjang pelamin namun tetap menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Video berdurasi tujuh saat pemilik Twitter @yushazelan menghadiri majlis bekas kekasihnya kini tular di laman sesawang dan mendapat lebih 460,000 tontonan serta tujuh ribu retweet.

Sikap profesional dan pasrah kerana tidak mencampur-adukkan kisah silamnya dan redha dengan ketentuan Illahi mendapat pujian netizen di laman twitter miliknya.

Selepas bersalaman dengan pengantin lelaki, jejaka itu dengan ‘sporting’ mengajak pasangan itu bergambar bersama.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap berani dan kuat semangat jejaka itu kerana menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya sendiri.

Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments