Thursday, July 11, 2024
HomeBERITAPasangan sama cantik sama padan, Zahirah Macwilson sah milik Aiman Hakim Ridza

Pasangan sama cantik sama padan, Zahirah Macwilson sah milik Aiman Hakim Ridza

Seorang lagi pasangan selebriti melangkah ke fasa perkahwinan pada tarikh 20022020.

Dengan sekali lafaz, pelakon tinggi lampai, Zahirah MacWilson atau lebih mesra disapa Ira, 25 tahun selamat bergelar isteri kepada pelakon kacak Aiman Hakim Ridza, 31 tahun.

Majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Zainol Mac Wilson dengan nilai mas kahwin RM300.

Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan lima dulang hantaran dari Aiman Hakim.

Mengenakan busana putih rekaan Teh Firdaus, Zahirah kelihatan anggun ditambah pula seri pengantin dengan sentuhan solekan dari Bosco Ryzal.

Manakala Aiman pula segak bergaya dengan sepasang Baju Melayu sedondon putih dengan pasangannya rekaan dari pereka fesyen terkenal Cosry.

Majlis akad nikah yang diadakan di Foyer Glam Hall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, para media, dan juga rakan-rakan artis.

Manakala majlis resepsi akan diadakan di Glam Hall Damansara, Petaling Jaya malam ini.

Sebelumnya, majlis malam berinai bertemakan Hollywood diadakan pada 19 Ferbuari, sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Terdahulu pasangan sama cantik sama padan ini, mengikat tali pertunangan di Perth pada, 8 Jun tahun lalu.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments