Saturday, May 11, 2024
HomeBERITA30 tahun dalam industri fesyen, Dato’ Rizalman Ibrahim umum bersara

30 tahun dalam industri fesyen, Dato’ Rizalman Ibrahim umum bersara

Siapa tidak kenal figura fesyen negara bernama Rizalman Ibrahim yang mencipta fenomena melalui rekaan pakaian eksklusif dan unik!

Setelah 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni rekaan fesyen, tidak keterlaluan turut dikenali sebagai pencetus trend fesyen, Dato’ Rizalman Ibrahim mengumumkan akan bersara dari karier yang telah menaikkan namanya dan juga negara.

Menurutnya, beliau akan menyerahkan tanggungjawab besar kepada pembantunya dan mungkin beliau akan mencuba untuk memulakan tanggungjawab baru dalam bidang lain pula.

Keputusan yang dibuat bukan lah satu keputusan yang mudah lebih-lebih lagi beliau mempunyai pengikut setia dan ‘collector’ dari jenamanya, namun beliau nekad mengundurkan diri kerana mempunyai sebab terbesar dalam hidup iaitu untuk menumpukan terhadap ibadah serta persediaan ke alam kekal.

Terdahulu Dato’ Rizalman pernah memberi “hint” berkenaan hasratnya untuk mengundurkan diri dari dunia fesyen.

Pengumuman penuh emosi itu dilakukan ketika pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa yang menampilkan beberapa artis terkenal antaranya Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan beberapa lagi selebriti lain.

Nampaknya industri fesyen bakal sunyi dan malap dengan pengunduran pereka fesyen versatile dan berkebolehan seperti Rizalman Ibrahim.

Kami dari portal The Malaya Post mendoakan semoga Dato’ Rizalman akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Terima kasih kerana mewarnai pentas fesyen negara.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments