Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPas ingin bersama-sama UMNO, Bersatu pada PRU-15

Pas ingin bersama-sama UMNO, Bersatu pada PRU-15

Pas telah membuat keputusan untuk bersama-sama UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas menjelang PRU15 nanti.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pertelagahan dalam politik tidak akan membawa kepada kejayaan, sebaliknya akan merugikan banyak pihak.

“Kita tidak boleh buat satu keputusan yang boleh merugikan semua orang. Kita kena lihat dalam kerangka besar, dalam sesetengah negeri Muafakat Nasional (Pas-UMNO) sudah cukup, tetapi di negeri lain pula ada risiko besar kalau bertanding tiga penjuru.

“Kita kena lihat semua ini, sekarang kita nampak ummah sudah seronok dengan penyatuan membabitkan tiga parti utama yang menerajui kerajaan sekarang termasuk parti komponen di Sabah Sarawak.

“Bagi saya setiap orang perlu ada pengorbanan untuk mencapai matlamat yang lebih besar, konsep saya mudah sahaja yang ada jangan kedekut yang meminta jangan tamak, ini supaya kita boleh berkompromi,” katanya.

Katanya, setiap parti politik perlu berkorban bagi mencapai agenda kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15) nanti.

“Kita tidak boleh buat satu keputusan yang boleh merugikan semua orang. Kita kena lihat dalam kerangka besar, dalam sesetengah negeri Muafakat Nasional (Pas-UMNO) sudah cukup, tetapi di negeri lain pula ada risiko besar kalau bertanding tiga penjuru.

“Kita kena lihat semua ini, sekarang kita nampak ummah sudah seronok dengan penyatuan membabitkan tiga parti utama yang menerajui kerajaan sekarang termasuk parti komponen di Sabah Sarawak.

“Bagi saya setiap orang perlu ada pengorbanan untuk mencapai matlamat yang lebih besar, konsep saya mudah sahaja yang ada jangan kedekut yang meminta jangan tamak, ini supaya kita boleh berkompromi,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, hubungan Pas bersama UMNO masih kekal baik, begitu juga antara Pas dan Bersatu.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments