Sebanyak 11,332 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu mencecah 2,220,526 kes setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian di Twitter berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,358 direkodkan di Sarawak.
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 28 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu11,332 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,220,526 kes— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 28, 2021
Ia disusuli dengan Johor dengan 1,319 kes, Selangor (1,231); Kelantan (1,088); Sabah (965); Pulau Pinang (895); Kedah (819); Perak (678); Pahang (677).
Manakala Terengganu (629); Melaka (303); Kuala Lumpur (240); Negeri Sembilan (89); Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes dan tiga kes baharu dilaporkan di Labuan.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply