Thursday, May 16, 2024
HomeBERITAPak Nil duet live bersama doktor dan kakitangan hospital, mohon rakyat Malaysia...

Pak Nil duet live bersama doktor dan kakitangan hospital, mohon rakyat Malaysia “duduk di rumah”

Peningkatan mendadak jumlah mangsa positif COVID-19 dan penambahan kematian akibat virus terbabit mengundang sebak di hati pengacara popular, Dato’ Aznil Nawawi atau Pak Nil.

Menerusi laman media sosial Instagramnya, dengan linangan air mata beliau menyeru agar rakyat mendengar nasihat dan arahan agar ‘duduk-di-rumah’ atau just ‘stay-at-home’ demi memastikan keselamatan nyawa diri dan orang lain terutama yang tersayang dilindungi.

Pak Nil juga memohon agar kita sama- sama berdoa kepada yang Maha Esa agar seluruh umat dilindungi dari virus ini, dengan harapan tiada lagi berita peningkatan mangsa pada hari-hari mendatang.

Beliau sempat menemuramah petugas dan doktor yang terlibat secara langsung dalam menangani kes mangsa COVID-19 di hospital.

Kata-kata petugas sungguh menyentuh hati Pak Nil dan sesiapa saja yang mendengarnya.

“Tolong stay di rumah. Kami yang bekerja di hospital ini nak sangat duduk rumah. Tapi kami ada tanggungjawab.”

Doktor Seri Latha turut menasihati orang ramai agar bertanggungjawab dan jujur apabila datang ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Ini demi memastikan tindakan segera dapat diambil dan mengurangkan risiko petugas terkena jangkitan virus berkenaan.

“Kasihanilah juga wira-wira yang menggadai nyawa menyelamatkan pesakit tanpa menghiraukan kesan ke atas diri sendiri.”

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments