Friday, November 20, 2026
HomeBERITA“No one left behind”, Perdana Menteri umum Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat

“No one left behind”, Perdana Menteri umum Pakej Rancangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan tiga matlamat utama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Pakej Prihatin ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat pada ketika negara dilanda wabak COVID-19.

Pakej Prihatin melibatkan semua pihak, sama ada anda seorang nelayan, pekebun kecil, pengusaha chalet, penarik beca ataupun peniaga pasar malam, pasar tani dan seumpama dengannya akan menikmati manfaat pada Pakej Rangsangan Ekonomi.

Matlamat Pertama : Lindungi Rakyat

1) Tambahan RM1 juta kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan memerangi COVID-19.

2) Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi pemegang polisi san sijil takaful perubatan.

3) Penangguhan pembayaran premium atau sumbangan jdppditawarkan oleh syarikat insuran dan takaful keluarga yang terjejas untuk 3 bulan.

4) Elaun khas RM600 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan mulai 1 April.

5) Elaun Khas RM200 sebulan kepada tentera, polis, kastam, pertahanan awam, RELA yang terlibat mulai 1 April.

6) Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

7) Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000.

8) Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

9) Bantuan Prihatin Tunai sebanyak RM250 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.

10) Baki bawah Bantuan Sara Hidup dibayar pada Julai 2020.

11) Bantuan RM200 seorang kepada pelajar pengajian tinggi.

12) RM25 juta untuk bantuan makan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk rumah perlindungan, pusat bantuan dan gelandangan melalui kerjasama NGO dan Usahawan Sosial.

13) Penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 Bulan untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

14) Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah mySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

15) Pengeluaran dari Akaun B sehingga RM1,500 dari setiap penyedia Skim Persaraan Swasta tanpa penalti cukai dari April hingga Disember 2020.

16) Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.

17) Penangguhan pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) 6 bulan.

18) Pengecualian sewa bagi semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain selama 6 bulan.

19) Diskaun bil elektrik berperingkat antara 15% hingga 50% selama 6 bulan mulai 1 April.

20) Internet percuma kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April selama tempoh pelaksanaan PKP.

21) Pelaburan RM400 juta untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi.

22) Bantuan RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam termasuk mereka yang berkerja secara kontrak untuk Gred 56 ke bawah pada April 2020.

23) Bantuan RM250 kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan mulai April.

24) RM1 juta bagi tujuan Dana Jaminan Makanan.

25) RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.

26) Dana khas RM100,000 – RM200,000 untuk setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Nelayan Kawasan (PNK).

27) Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan dengan penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Jan 2020.

Majikan juga perlu menjamin tiada pemberhentian tenaga kerja bagi tempoh 3 bulan selepas program ini.

28) Bantuan sebanyak RM500 kepada pemandu E-hailing.

29) Penangguhan kos gaji dan lanjutan kontrak selama sebulan bagi kontrak perkhidmatan seperti kebersihan dan bekalan makanan dengan agensi kerajaan.

MATLAMAT 1- LINDUNGI RAKYAT, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT.#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Jumat, 27 Maret 2020

Matlamat Kedua : Sokongan Perniagaan

1) Tambahan RM3 juta kepada Tabung Bantuan Kemudahan Khas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar fedah kepada 3.5%.

2) Tambahan RM1 juta bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi u tuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.

3) Tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikto dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran.

4) Pembiayaan sehingga RM300 ribu untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun nawah skim Bizmula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC).

5) Kemudahan jaminan bernilai RM5 juta dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembayaran Perniagaan (SJPP).

6) Program Khidmat Rundingan Majikan bawah KWSP yang merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

7) Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April 2020.

8) Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan oleh PKS selama 3 bulan mulai 1 April.

9) Pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.

10) Morotarium pembayaran pinjaman diperluas kepada Tekun, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April.

11) Membantu usahawan B40 di abwah program kewangan sosial dalam bentuk modak permulaan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan.

12) Skim jaminan berjumlah RM50 juta dengan jaminan sehingga 80% bagi tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja.

MATLAMAT 2 – SOKONGAN PERNIAGAAN, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Jumat, 27 Maret 2020

Matlamat Ketiga : Perkukuh Ekonomi

1) Pelaksanaan projek kecil yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan dengan peruntukan RM2 juta bagi membantu kontraktor kelas G1 hingga G4.

2) Memastikan pelaksanaan projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara.

3) Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 juta untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan.

4) Dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

5) Semua Kementerian akan mengkaji belanjawan untuk mencari penjimatan agar peruntukan boleh digunapakai menampung langkah menangani wabak virus COVID-19.

MATLAMAT 3- PERKUKUH EKONOMI, PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT#PrihatinRakyat#DudukRumah#JustStayAtHome

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Jumat, 27 Maret 2020

“No one left behind”

Terima Kasih Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments