Ketua Polis Johor mengeluarkan kenyataan berkenaan tangkapan 33 individu kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor.
Menurutnya setakat ini jumlah keseluruhan tangkapan bagi Kes Ingkar arahan dalam tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac hingga 26 Mac adalah seramai 33 orang.
Daripada jumlah itu, 19 orang telah ditangkap pada 26 Mac lalu.

Kesemua tangkapan berkenaan akan disiasat dan didakwa dibawah seksyen:
– Sek. 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) –
Bagi sesiapa yang melakukan kesalahan serta tidak mematuhi apa apa perintah yang sah seperti yang dikeluarkan oleh mana mana pegawai yang diberikan kuasa boleh disabitkan di bawah Seksyen 24 Akta 342.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau di denda atau kedua-duanya sekali.
– Kesalahan dibawah peraturan (3) Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PENGISYTIHARAN KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) 2020 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1000. 00.
Justeru pihak polis menasihatkan supaya sentiasa berada di dalam rumah dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply