Tuesday, April 23, 2024
Home BERITA NIMP 2030 pacu ekonomi baharu Malaysia – PM

NIMP 2030 pacu ekonomi baharu Malaysia – PM

0
Foto Ehsan Astro Awani

Rangka kerja Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), yang direka untuk meletakkan Malaysia sebagai kuasa ekonomi serantau, akan memfokuskan pengagihan kekayaan ekonomi yang adil kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan itu merupakan sebahagian komponen Ekonomi MADANI, yang akan menghidupkan semula sektor pembuatan, bagi memastikan negara kekal berdaya saing, di sebalik cabaran dan trend mega yang semakin meningkat.

“NIMP 2030 direka untuk memandu trajektroi Malaysia sebagai kuasa global dalam pembangunan industri, melebarkan hubungan domestik bagi mencipta kekayangan merentasi negara, dan mengukuhkan kedudukannya dalam rangkaian nilai global.
“Pelan ini adalah bertepatan untuk mempercepatkan transformasi perindustrian di Malaysia, sejajar dengan usaha merealisasikan visi negara,” katanya ketika berucap merasmikan NIMP 2030 di ibu negara, hari ini.
Jelas beliau, NIMP 2030 berpandukan pendekatan berdasarkan misi, satu polisi bersifat horizontal yang bukan sahaja menggembleng keseluruhan ekosistem pembuatan, tetapi juga seluruh negara untuk memacu transformasi perindustrian, dan merealisasikan visi negara.
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply