Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITANetizen ramal Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal Perdana Menteri kelapan

Netizen ramal Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal Perdana Menteri kelapan

Berita peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat reaksi pelbagai daripada seluruh rakyat Malaysia.

Bersetuju dengan tindakan pembubaran kerajaan, mereka mengharapkan masa depan yang lebih baik, demi bangsa Melayu secara khususnya.

Pernah menerajui negara selama 22 tahun (bersama UMNO-BN), hampir dua tahun (bersama Bersatu-PH) beliau berjaya membawa Malaysia ke persada dunia seiring dengan perubahan serta pemodenan global.

Keputusan yang dilakukan secara mengejut ini, sudah tentu memberi kesan yang amat mendalam kepada rakyat.

Melalui ruangan komen laman Facebook rasmi beliau, rata-rata rakyat Malaysia menzahirkan kesedihan dan rasa terkejut namun menghormati keputusan yang diambil.

Ada yang berpendapat ini merupakan langkah dan keputusan yang bijak yang dilakukan oleh seorang pemimpin yang digelar negarawan ulung.

Namun timbul segelintir pendapat dan menganggap Tun Dr Mahathir mengikut prosedur untuk membentuk sebuah kerajaan baru dan kemungkinan besar beliau akan sekali lagi dipilih untuk menerajui tampuk kepimpinan negara sekaligus mengangkat sumpah Perdana Menteri kelapan buat kali ketiga!

Ayuh rakyat Malaysia kita sama-sama berdoa agar negara kita terus diberi kesejahteraan dan keamanan serta Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam rahmatNya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments