Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAJumlah kucing melebihi jumlah penduduk, Pulau Aoshima jadi tarikan di kalangan pencinta...

Jumlah kucing melebihi jumlah penduduk, Pulau Aoshima jadi tarikan di kalangan pencinta kucing

Pulau kucing atau nama spesifiknya Pulau Aoshima yang terdapat di negara Jepun merupakan sebuah pulau yang didiami oleh sejumlah kucing yang melebihi daripada jumlah penduduknya.

Majoriti penduduk disana merupakan golongan warga emas yang bekerja sebagai nelayan.

Fakta mengatakan kucing-kucing ini dibawa ke Pulau Aoshima untuk mengatasi masalah tikus yang merosakkan bot nelayan dan peralatan menangkap ikan.

Sejak dari itu jumlah kucing terus membiak sehingga melebihi daripada 100 ekor dan mula menjadi sebuah pulau terkenal di kalangan pelancong.

Pulau ini sering menjadi tempat persinggahan pelancong terutamanya di kalangan pencinta kucing yang datang untuk melihat dan bermain dengan haiwan berkenaan, malah ada juga yang turut memberi mereka makanan.

Untuk ke Aoshima perlu menaiki feri dengan perjalanan selama 45 minit dari pelabuhan Nagahama di Ozu City, Ehime wilayah yang terletak di hujung barat pulau Shikoku.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments