“Adik beradik sama je”, berikutan komen dari salah seorang netizen apabila melihat aksi suap menyuap pelakon Nur Risteena dan teman lelakinya.
Terdahulu, adiknya pelakon Ruhainies pernah di kecam netizen apabila memuat naik satu foto sedang disuap oleh kekasih ketika makan Nasi Kandar di dalam kereta.
Kali ini, aksi mesra Nur Risteena bersama kekasih melakukan perkara yang sama juga menjadi perbualan hangat netizen.
Nur Risteena Munim memberitahu bahawa dia mengalami fasa kurang selera makan sejak beberapa hari lalu.
Tetapi dia bernasib baik kerana mempunyai seorang kekasih yang penyayang dan sudi melayan segala kerenahnya itu.
Menurutnya, setiap hari selepas habis penggambaran, kekasihnya akan datang menjemput dan membawanya pergi makan serta menyuapkan makanan kepadanya.
Aksi mesra Risteena dan kekasih hati mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial sehingga dilabelkan momen yang dikongsinya itu seakan tidak mahu kalah dengan adiknya Ruhainies.
Warganet turut menyatakan dua beradik ini seperti sengaja ingin menunjuk-nunjuk kekasih siapa yang paling ‘sweet’.
Tak kurang juga ada segelintir netizen memuji pasangan itu sangat romantik dan mendoakan mereka agar cepat diijabkabulkan.
Wow!!! Untung la dua beradik ini mempunyai kekasih hati yang sangat caring dan penyanyang.









Leave a Reply