Sunday, July 14, 2024
HomeBERITAJasa Utusan dan Kosmo besar pada industri perfileman, PFM hulur bantuan bagi...

Jasa Utusan dan Kosmo besar pada industri perfileman, PFM hulur bantuan bagi ringankan beban kakitangan yang diberhentikan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan perkhabaran kurang baik apabila Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) menghentikan penerbitan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan.

Penutupan ini susulan penjualan ekuiti Syarikat Utusan membabitkan keluaran terbitannya seperti Utusan Malaysia, Utusan Mingguan dan Kosmo.

Turut terjejas kira-kira 800 pekerja syarikat berkenaan.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha hari ini menzahirkan rasa simpati dan memandang berat akan keadaan semasa yang sedang dihadapi oleh kakitangan Utusan yang hilang pekerjaan dan penerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dilihat semakin parah sehingga pembayaran gaji kakitangan turut lewat selama dua bulan.

Sebagai tanda cakna dan simpati PFM dengan seikhlas hati menghulurkan bantuan sumbangan RM1,000.00 ke akaun CIMB 8000822560 Tabung Kebajikan NUJ (Kesatuan Wartawan Kebangsaan) sebagai sokongan moral kepada kakitangan yang terlibat.

Menurutnya, penerbitan akhbar Utusan dan Kosmo telah banyak membantu dalam pembangunan industri perfileman terutama kepada para pelakon, karyawan seni dan juga penerbit filem tempatan.

“Jasanya amat dihargai oleh industri perfileman. PFM amat berharap agar pihak Kerajaan dapat membantu dengan membuka peluang pekerjaan baru untuk kalangan pekerja Utusan yang terlibat dan juga turut mengingatkan kepada semua karyawan dan penggiat seni sama-sama menghulurkan bantuan atau sumbangan ke akaun tersebut dalam usaha membantu menangani isu ini”, katanya dalam satu kenyataan siang tadi.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments