Saturday, May 18, 2024
HomeBERITASEJARAHNegara terjajah dan permainan PKM - Datuk Mazri Muhammad

Negara terjajah dan permainan PKM – Datuk Mazri Muhammad

Oleh : Datuk Mazri Muhammad

Jika bukan Tanah Jajahan atau Koloni tidak perlulah Parlimen negara asing (UK) meluluskan undang-undang (Federation of Malaya Independence Act 1957) bagi membolehkan kita merdeka dan tidak perlulah ketua negara asing (Baginda Ratu Elizabeth II) untuk menyibuk memberi perkenan.

Beza British dengan Parti Komunis Malaya (PKM) banyak. Antara yang paling penting British tahu matlamat mereka hanya untuk mengeksploitasi ekonomi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan kedudukan strategiknya.

Selepas Perang Dunia ke-2 dan terutamanya pasca kegagalan Malayan Union (1946) mereka tahu “their days are numbered”.

British tidak kasar dalam menguasai Negeri-Negeri Melayu mereka membelai manja bagi memperoleh apa yang diingini. Semasa Perjanjian Pangkor dimaktubkan pun dinyatakan Nasihat Residen mesti diperolehi dan diikuti kecuali yang berkaitan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Begitu halusnya British sehingga diwujudkan pelbagai kategori koloni ada tanah jajahan, ada negeri lindungan dan ada dll istilah.

Kesan akhirnya sama.

Matlamat PKM pula jika mereka berjaya cukup mudah mendirikan Sebuah Republik Rakyat atau Republik Demokratik dengan mengunakan keganasan dan helah, nama sistemnya mungkin muluk tetapi kesan akhirnya sistem yang sedia ada dimusnahkan serta digantikan pemerintahan oleh elit PKM yang akan memerintah negara di atas nama rakyat manakala suara rakyat akan ditekan.

Perlakuan PKM di antara pengumuman Jepun menyerah kalah pasca perang dunia ke-2 dan kedatangan kembali British mempamerkan belang sebenar mereka.

PKM mendabik dada menyatakan mereka menyumbang kepada kejayaan memperoleh kemerdekaan atau mempercepatkan kemerdekaan.

Ada merit dakwaan mereka tetapi perlu ditanya kenapa memulakan pemberontak selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Februari 1948 berkuatkuasa bagi menggantikan Malayan Union yang ditolak orang Melayu.

Kenapa pula tidak tidak meletak senjata sebaik tanggal 31 Ogos 1957 bila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan atau selepas pilihanraya umum pasca merdeka pertama pada tahun 1959 atau bila Darurat ditamatkan Kerajaan Malaya Merdeka pada 31 Julai 1960.

Hakikatnya PKM seperti gerakan komunis seluruh dunia yang lain bersandiwara bagi menguasai Malaya atau Negara Hos secara keganasan dan tipu helah namun di negara ini majoriti rakyat tidak tertipu dan berjaya mengalahkan mereka di medan tempur, di medan perang/gerak saraf dan di dalam pembinaan negara yang makmur.

Di Hatyai 1989 mereka sebenarnya diTKO tanpa mereka sedari! Vietnam Selatan tumpas, Cambodia tumpas, Lao PDR tumpas, Cuba tumpas Republik China di bawah KMT tumpas kita Malaya kemudian Malaysia berjaya mengalahkan komunis.

Bukankah di Rundingan Baling 1956 bukan hasrat Almarhum Tunku untuk berjaya tetapi untuk memanipulasi ancaman PKM untuk menekan British.

Kedua-dua PKM dan British dilecek Almarhum Tunku bagi mencapai kebebasan nasional!

Di bawah ialah salinan naskah asal Federation of Malaya Independence Act 1957 yang diluluskan oleh Parlimen United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan diperkenan oleh Ratu Elizabeth II.

Datuk Mazri Muhammad adalah Konsultan bebas & pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri ke 6, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (2009-2013)

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili The Malaya Post.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments