Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITA"Najib, KJ bincang perkara serius" - sumber

“Najib, KJ bincang perkara serius” – sumber

Media sosial hari ini hangat dengan berita bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang didakwa telah menemui bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Memetik laporan The Edge, Khairy Jamaluddin dilihat berbual dengan Najib seketika sebelum prosiding kes rasuah bekas perdana menteri ke-5 itu yang dikaitkan dengan RM2.28 bilion dana daripada 1MDB.

Dalam pada itu, MalaysiaGazette melaporkan, kehadiran Khairy Jamaluddin ke mahkamah atas urusan kes lain.

Yang pasti persoalan kini terarah kepada apakah intipati perbualan itu?

Kami cuba mendapatkan pengesahan daripada sumber berkenaan perkara itu.

Ketika ditanya apakah yang dibualkan antara Khairy dan Najib? Menurut sumber, ia dirahsiakan namun berpendapat pasti ada mesej penting yang beliau ingin sampaikan.

Ini kerana kata sumber, dari penampilan pemakaian Khairy yang lebih formal, bersuit ke mahkamah, pasti ada perkara penting dan serius dibincangkan.

“Saya lihat gambar dan baca laporan media, KJ pagi tadi tampil bersuit lengkap, daripada mana-mana program terkini KJ lebih selesa berkemeja batik, jadi ada kemungkinan perkara dibincangkan lebih penting dan serius”, katanya.

Mengikut rekod, Khairy adalah antara pemimpin yang agak lantang mengkritik Najib terutamanya dalam dakwaan skandal 1MDB dan antara yang terawal memohon Najib meletak jawatan selaku presiden UMNO sejurus selepas kejatuhan kerajaan BN pada PRU ke 14.

Najib, 70, berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu bagi mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments