Friday, May 24, 2024
HomeBERITANaim Daniel nyanyikan lagu Sumpah untuk peminat cilik hidap kanser tulang tahap...

Naim Daniel nyanyikan lagu Sumpah untuk peminat cilik hidap kanser tulang tahap empat

Naim Daniel pastinya mempunyai ramai peminat dari pelbagai peringkat usia,bermula dari kanak-kanak sehingga ke dewasa.

Baru baru ini Naim memuat naik perkongsian laman Instagramnya memaparkan Naim melawat seseorang dan menyanyikan lagu Sumpah di dalam wad.

Adik Nur Aimy Adriana, 11 tahun merupakan peminat fanatik Naim Daniel menghidapi penyakit kanser tulang tahap 4 empat.

Ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 berlangsung, adik Aimy tidak sempat menonton penyanyi kesayangannya membuat persembahan kerana sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

“Nur Aimy Adriana, 11 tahun. Pejuang kanser tulang. Tahap 4. Seorang peminat cilik saya yang meminati lagu Sumpah. Aimy tak sempat untuk menyaksikan AJL 34 yang lalu oleh kerana sedang menjalani rawatan.
Kita bawakan AJL 34 kepada Aimy sendiri.
Abang sayang Aimy. Moga Allah peluk Aimy dan keluarga senantiasa. Doakan Aimy ya semua. @nuraimyx_ ❤”, tulis Naim.

Tidak hanya menyanyi secara live untuk adik Aimy, Naim turut menghadiahkan dan menyerahkan replika bulan yang menjadi perhiasan dalam persembahannya di AJL baru-baru ini. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments